Kontrovesi dan kritikan BitComet

Laporan hash

Versi selepas 0.86 BitComet memasukkan perbincangan dan ciri penjejak statistik yang menghantar maklumat mengenai torrent kepada pelayan Bitcomet.com, termasuk fungsi Hash torrent.[7]

Adware

Laman rasmi BitComet mendakwa bahawa "BitComet tidak mempunyai sebarang perisian iklan ("adware") atau perisian perisik ("spyware")"[8]. Bagaimanapun, versi 0.85 hingga 0.97 mengandungi pengiklanan[9]. Versi semasa tidak lagi mengandungi pengiklanan, kecuali dalam tetingkap pencarian berasaskan web[10]Templat:Verify source.

Penggunaan DHT

Semasa versi 0.60, BitComet menerima publisiti buruk kerana perlaksanaan ciri jadual hash tersebar (Distributed hash table - DHT)nya yang baru masa itu, boleh disalah guna bagi mengabaikan bendera peribadi penjejak. Ini membenarkan pengguna bagi mengelak halangan bandingan pindah terima dan pindah hantar, yang biasa terdapat pada penjejak peribadi. Sesetengah penjejak peribadi bertindak balas dengan menyenarai hitam versi 0.60.[11] Pembangun aturcara BitComet, RnySmile mengundur pelanggan kembali kepada versi 0.59 sebagai tindak balas kepada penyenarai hitam.[12]

Penggunaan jadual hash tersebar (Distributed hash table - DHT) dibetulkan dalam versi 0.61.[13][14]

Super-seeding

Pada awal 2007, John Hoffman, pencipta super-seeding dan pengarang pelanggan BitTornado, mengkritik secara kasar BitComet kerana menggunakan taktik salah gunabagi "mempermain" dan "menipu" penyemai-super (“super-seeding”) dengan merugikan sejawat yang lain: "Oleh kerana BitComet telah membuktikan dirinya sebagai asas kod merbahaya, dan oleh kerana mereka memaksa saya mengambil langkah yang saya tidak inginkan, saya juga akan mengharamkan sambungan dari pelanggan tersebut kepada pelanggan saya dan penjejak kod asas."[15]

Fail Pengalas

Bermula dengan versi 0.85 (Awal 2007), BitComet menambahkan pilihan kepada penghasil arus (“torrent maker” yang memastikan tiada dua arus pelbagai-file menduduki “bahagian” BitTorrent yang sama. Ini membantu BitComet bagi memuat terima bahagian berlainan bagi arus banyak-fail dari sumber bukan-BitTorrent seperti pelayan http/ftp atau jaringan ED2K. Bagi melaksanakan ini, BitComet mengisi setiap baki "kepingan" terakhir dengan pemintas pengalas fail. Sungguhpun fail kecil dan tidak merbahaya ini tidak kelihatan kepada pengguna BitComet, ia amat menganggu kepada pengguna pelanggan lain yang perlu menanganinya semasa dan selepas muat terima.[16]Penciptaan fail pengalas dibolehkan secara ingkar bagi versi 0.85, dan dilumpuhkan secara ingkar dalam versi 0.86 dan seterusnya.

Kesahihan kritikan

Pada Julai 2007, Robb Topolski seorang pakar jariangan professional melaksanakan analisa bebas bagi kebanyakan tuduhan yang dikenakan terhadap BitComet termasuk Salahguna DHT dan kontrovesi Super-seeding yang disebut di atas. Dia mendapati kesemua kecuali satu dakwaan adalah palsu atau tidak dapat disahkan. Dia mendapati BitComet tidak merosakkan atau merbahaya pada kepantasan muat hantar atau muat terima kepada kerumunan BitTorrent atau penjejak.[17]

Hanya satu dakwaan yang dia sahkan separuh benar iaitu, "BitComet adalah sejawat yang lemah akibat ketiadaan slot muat hantar; jalur lebar muat hantar diasak terlalu berat.". Ujian Topolski menunjukkan bahawa BitComet memiliki kawalan slot muat hantar, tetapi Cuma apabila BitComet adalah pembenih pertama arus—ia itu, apabila BitComet merupakan satu-satunya pembenih sejawat dalam kawanan, ia cenderung kurang berkesan berbanding dua pelanggan lain yang diujinya. Topolski menyatakan bahawa apabila BitComet bukanlah satu-satunya penyemai sejawat dalam kerumunan, atau apabila ia bukannya sejawat bukan-penyemar /(“non-seeding”), kawalan slot muat hantar diurus dengan begitu baik.[18]